Wednesday, August 26, 2009

SEMANGAT KEMERDEKAAN



Merdeka diisytiharkan oleh perdana menteri Malaysia pertama atau dahulunya dikenali sebagai persekutuan tanah melayu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pengisytiharan dilakukan di Stadium merdeka. Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali.

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Kita sebagai generasi baru yang hidup selepas merdeka haruslah bersyukur kerana sudah bebas daripada penjajahan dan peperangan. Jadi kita harus faham erti merdeka dan menghayatinya kerana pejuang-pejuang dahulu telah bersusah payah untuk memerdekakan negara kita. Ini untuk memberi kesenangan kepada generasinya.Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat. Tak perlu lagi hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Pada 31 Ogos setiap tahun, semua negeri di Malaysia akan menyambut merdeka dengan meriah. Sambutan akan bermula pada malam 30 Ogos. Pada malam tersebut pelbagai acara dilakukan seperti konsert daripada artis-artis terkenal dan acara yang paling di tunggu-tunggu oleh semua ialah tembakan bunga api yang penuh warna warni. Tembakan bunga api dilakukan tepat jam 12 malam diikuti dengan laungan merdeka sebanyak 3 kali. Acara yang sering dilakukan adalah perarakan perbarisan yang disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi daripada sektor kerajaan dan swasta. Ramai orang akan berkunjung ke tempat yang acara sambutan kerana hari tersebut adalah hari yang penuh bermakna dan menjadi hari cuti umum.


MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Sunday, August 23, 2009

Perbelajaan Di Bulan Ramadhan

BULAN RAMADHAN

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya". AL-ISRA’=27

Bulan Ramadhan adalah satu latihan ketahanan fizikal dan proses mendidik jiwa dan rohani daripada menahan diri dari lapar, dahaga dan melakukan perkara yang dilarang oleh islam.

Setiap kali tibanya ramadhan pasti perbelanjaan akan meningkat.Yang sebaiknya kita harus kurangkan perbelanjaan.Kita sepatutnya berjimat cermat dan bersederhana dengan mengawal perbelanjaan agar tak berlaku pembaziran ketika berbuka puasa atau bersahur. Islam tak menggalakkan umatnya melakukan pembaziran.

Tapi perbelanjaan yang meningkat di bulan ramadhan tak dapat dielakkan, dah jd kebiasaan setiap tahun. Perbelanjaan yang meningkat tu berpunca daripada nafsu lapar, semuanya adalah terlalu mengikut nafsu. Kita selalunya membazir pada makanan saja,beli makanan yang banyak sebab keinginan(nafsu), kalau boleh apa yang dijual di bazar ramadhan tu semuanya nak beli tapi bila dah berbuka puasa bukannya semua yang dibeli kita makan.

Pembaziran seterusnya ialah apabila hampir menjelang raya iaitu persiapan raya...beli baju raya, kuih raya, langsir, dan ada sesetengah nya pula tukar perabot baru.Baju pula berpasang-pasang...tak ke membazir macam tu. Beli ala kadar cukup la dan ikut kemampuan kita.
Satu lagi sebab perbelanjaan meningkat adalah disebabkan kos barangan dan satu sebab lagi seitap kali menjelang ramadhan dan raya mesti timbul masalah kekurangan gula dan tepung. sebab apa jd macm tu??

Untuk nak elakkan perbelanjaan yang meningkat dan pembaziran kita mestilah:
Bijak berbelanja dengan menyenaraikan apa yang nak dibeli.
Beli ikut kemampuan.

Ibn Mas’ud berkata: "membazir-boros ialah membelanja-guna harta di jalan yang tidak benar(salah)".

Berkata Qatadah:"membazir ialah mengINFAQkan harta dalam perkara maksiat, fasad dan tidak haq".

Manakala Ibn Abbas dan Mujahid:"Kalau membelanjakan kesemua harta ke jalan yang benar tidak dianggap membazir tetapi kalau membelanjakan walaupun secupak ke jalan yang tidak haq maka dianggap membazir".

Thursday, August 13, 2009

PPSMI perlu diteruskan atau tak??

PPSMI

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008... (Wikipedia)

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris...(Wikipedia)

Keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Pada Saya.....??

Pada saya PPSMI harus di teruskan kerana bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Kita harus berfikiran luas dan terbuka, jangan terlalu menganggap ia sebagai bahasa penjajah yang tak patut digunakan. Nenek moyang kita dulu pun belajar bahasa inggeris jugak.Pembelajaran dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah patut digunakan kerana apabila pelajar ke menara gading, mereka tidak menjadi kekok untuk belajar sebabnya di menara gading kebanyakkannya menggunakan bahasa inggeris. Pelaksanaan PPSMI ni tak bermakna kita mengabaikan bahasa ibunda kita.

Wednesday, August 12, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJA

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJA

Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah melaksanakan Skim Latihan Dan Penempatan bertujuan melatih graduan yang menganggur dan pekerja yang dihentikan kerja yang sedang mencari pekerjaan.

Pelaksanaan skim ini adalah berasaskan latihan dan penempatan dimana graduan dan pekerja yang dihentikan kerja akan dilatih di dalam bidang-bidang kemahiran yang specifik berasaskan kekosongan jawatan yang diperlukan oleh majikan yang mana pelatih akan ditempatkan selepas tamat latihan.

Kelebihan

-Dapat menempatkan kerja.
Setelah pelatih tamat kursus di dalam program ini, pelatih akan mendapat peluang pekerjaan di dalam sektor swasta.

-Meningkatkan pelatih dengan kemahiran terkini
Pelatih akan mempelajari kemahiran yang akan digunakan di tempat kerja nanti.

-Meningkatkan kebolehupayaan pekerjaan di kalangan pelatih

-Memberi peluang kepada belia yang menganggur mendapatkan pekerjaan
Dengan ini dapat mengurangkan pengaggguran dan mengelak daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti gejala sosial.

-Pelatih akan mendapat elaun sara hidup yang akan dibayar terus kepada pelatih.
KSM akan membayar yuran latihan mengikut yang dipersetujui kepada Penyedia Latihan.
Pelatih tidak perlu membayar balik kos yuran latihan dan Elaun Sara
Hidup. Semua kos ini ditanggung sepenuhnya oleh KSM.

-Pelatih akan mendapat sijil
Sijil yang diperolehi diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia

Kelemahan

-Tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman seperti apa yang dipelajari di dalam kursus.
-Suasana kurang selesa
Suasana kelas yang kurang selesa.

Tuesday, August 11, 2009

Negaraku Tercinta


1Malaysia "Rakyat didahulukan.Pencapaian diutamakan.
1Malaysia lebih kepada perpaduan semua kaum di Malaysia iaitu memperkukuhkan hubungan antara kaum seperti yang terdapat di dalam prinsip rukun negara dan mempunyai sikap kekitaan di kalangan rakyat.
Penerimaan semua kaum untuk mencapai konsep 1Malaysia diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

Monday, August 10, 2009

DESTINASI PELANCONGAN

PULAU LANGKAWI, KEDAH.



Selamat Datang Ke Pulau Langkawi..

Panduan ke Langkawi

Melalui Jalan Laut

Perkhidmatan Feri
Feri Ekspres menyediakan perkhidmatan setiap hari ke Pulau Langkawi dari jeti di Kuala Kedah mengambil masa selama 1 jam 15 minit dan dari jeti kuala Perlis 45 minit. Perjalanan dari Pulau Pinang pula mengambil masa selama 2 jam 30 minit.

Tambang feri: Langkawi ke Kuala Kedah RM23 (dewasa),kanak-kanak RM17.
Tambang feri: Langkawi-Kuala Perlis RM18 (dewasa), kanak-kanak RM13.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:-
Kuala Kedah/Kuala Perlis – Langkawi
United Ventures Ferry Sdn. Bhd.
28, Pekan Baru Kuah,
Jalan Penarak, 07000, Langkawi
No.tel : Langkawi – 04 966 3988 / 8988 / 5889
Kuala Kedah – 04 762 6295 / 6296
Kuala Perlis – 04 985 1899 / 2690

Penang – Langkawi
Fast Ferry Ventures Sdn. Bhd.
Ground Floor, PPC Building,
Persiaran King Edward,
10300 Penang.
No. Tel : Penang – 04 966 3779

Melalui Jalan Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (04 9551311) di Padang Mat Sirat terletak sejauh 20km dari Kuah dan 8km dari resort pantai di Pantai Cenang. Terdapat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Langkawi yang disediakan setiap hari oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) manakala Syarikat Penerbangan AirAsia menyediakan penerbangan sebanyak 5 kali seminggu. Pelancong dari Singapura boleh menaiki penerbangan Silk Air yang menyediakan penerbangan 4 kali seminggu ke pulau ini. Untuk tempahan tiket, sila hubungi:

i) Syarikat Penerbangan Malaysia di talian 03 7843 3000
ii) Syarikat Penerbangan AirAsia di talian 03 7884 9000
iii) Silk Air di talian 03 2692 3122

Penginapan
Anda boleh membuat pilihan samada hendak menginap di hotel, chalet atau resort.

Hotel-hotel:
-City Bay View
-Hotel Langkasuka
-Eagle Bay
-Grand Continental
-Hotel Seaview
-Hotel Region
-Sky Eagle Inn

Chalet&Resort:
-Holiday Villa
-Aseania
-Langkasuka Beach Resort
-Mali Star
-Best Star
-Landcons
-Langkawi Boutique Resort

Tempat-tempat Menarik

1. Dataran Lang











2.Tanjung Rhu











3. Cable Car Langkawi













4. Makam Mahsuri













Tuesday, August 4, 2009

bahagia

Hidup tak kan sempurna jika...tiada kasih sayang dan kebahagiaan..kebahgiaan membuahkan keceriaan..so senyum la selalu.