Wednesday, August 26, 2009

SEMANGAT KEMERDEKAAN



Merdeka diisytiharkan oleh perdana menteri Malaysia pertama atau dahulunya dikenali sebagai persekutuan tanah melayu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pengisytiharan dilakukan di Stadium merdeka. Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali.

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Kita sebagai generasi baru yang hidup selepas merdeka haruslah bersyukur kerana sudah bebas daripada penjajahan dan peperangan. Jadi kita harus faham erti merdeka dan menghayatinya kerana pejuang-pejuang dahulu telah bersusah payah untuk memerdekakan negara kita. Ini untuk memberi kesenangan kepada generasinya.Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat. Tak perlu lagi hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Pada 31 Ogos setiap tahun, semua negeri di Malaysia akan menyambut merdeka dengan meriah. Sambutan akan bermula pada malam 30 Ogos. Pada malam tersebut pelbagai acara dilakukan seperti konsert daripada artis-artis terkenal dan acara yang paling di tunggu-tunggu oleh semua ialah tembakan bunga api yang penuh warna warni. Tembakan bunga api dilakukan tepat jam 12 malam diikuti dengan laungan merdeka sebanyak 3 kali. Acara yang sering dilakukan adalah perarakan perbarisan yang disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi daripada sektor kerajaan dan swasta. Ramai orang akan berkunjung ke tempat yang acara sambutan kerana hari tersebut adalah hari yang penuh bermakna dan menjadi hari cuti umum.


MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

1 comment:

  1. admin, boleh admin bgtau saya bleh tak.. kenape Datuk Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali..?? kenape mesti 7 kali dilaungkan???

    ReplyDelete